Thursday, 11 July 2013

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru,  Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

  •   APAKAH PBS?


PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang berasaskan sekolah .

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
v Pentaksiran Sekolah
v Pentaksiran Pusat
v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
v Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum (contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh pihak luar selain sekolah).

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi  murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

  • APAKAH OBJEKTIF PBS?

Objektif pelaksanaan PBS adalah untuk :
·         mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu
·         memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu
·         membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu

Kesimpulannya PBS akan memastikan murid yang melalui sistem pendidikan negara mencapai  taraf antarabangsa dalam bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.

  • SUBJEK APAKAH YANG DINILAI MELALUI PBS?

Semua subjek yang diajar di sekolah rendah dan menengah akan dinilai melalui PBS.

  • BAGAIMANAKAH GURU MELAKSANAKAN PBS?

Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru seharusnya menggunakan Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk mentaksir dan mengukur penguasaan murid.
Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah. PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka.

  •  APAKAH KELEBIHAN PBS?

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada pernyataan standard.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

  • APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BAND?

Dalam PBS pencapaian murid dilaporkan berdasarkan band dan bukan lagi sebagai skor mentah seperti  81% atau pun gred A,B,C,D.


BAND
STANDARD

6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3
Tahu, Faham dan Boleh Buat

2
Tahu dan Faham

1
Tahu


- Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Matematik murid di Band 1 mampu mengenal angka 1,2,3 ...

Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari contohnya murid tahu dan faham nilai angka seperti 24 lebih banyak dari 10 dan 55 kg lebih berat daripada 48 kg.

- Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. Bagi matematik Band 3 menunjukkan murid telah menguasai operasi mudah tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut.

- Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti menyelesaikan operasi tolak dengan mendahulukan rumah ’sa’.

- Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Bagi matematik murid yang mencapai Band 5 mampu menyelesaikan masalah seperti Berapa biji telurkah yang boleh dibeli oleh Ali dengan wang RM10.00 jika sebiji telur berharga 20 sen?

- Dan akhir sekali, di Band 6,  murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. Di Band 6 murid boleh membuat keputusan dalam masalah seperti membuat pilihan di antara kemeja biru yang berharga RM30.00 tetapi diberi diskaun 50% dan baju tawaran terbaik (best buy) yang sama kualiti dengan harga RM20.00.

Band 3 boleh disamatarafkan dengan gred lulus. Justeru guru perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai Band minima 3. PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran berdasarkan kesediaan murid. PBS membantu guru dan murid mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Sehubungan dengan itu guru bolehlah menyesuaikan aktiviti pengayaan atau pemulihan mengikut keperluan murid.

Wajar diingat bahawa PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal  mewujudkan persekitaran yang harmonis dalam kelas untuk untuk perkembangan individu.

  •   ADAKAH PBS AKAN MENAMBAH BEBAN TUGAS GURU?

Sekiranya diurus dan dilaksanakan dengan bijak, guru akan mendapati bahawa PBS memberi banyak manfaat dan mampu mengurangkan beban tugas guru.
Bagi membantu guru melaksanakan PBS, dua aplikasi ICT telah dibangunkan untuk memastikan guru tidak dibebani dengan tugas-tugas perkeranian. SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasakan Sekolah) and PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum) dibangunkan bagi merekod, menyimpan dan melapor perkembangan murid. Data yang disimpan boleh dicetak sebagai laporan apabila diperlukan.

  • BOLEHKAH GURU DIPERCAYAI UNTUK MENILAI MURID SENDIRI?

Kebolehpercayaan kepada pentaksiran yang dijalankan oleh guru ditingkatkan melalui penjaminan kualiti. Semua hasil kerja murid dijadikan evidens yang perlu difailkan sebagai bukti yang menunjukkan murid telah menguasai kemahiran yang diajar.

Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
a.            Pementoran
b.            Penyelarasan
c.            Pemantauan
d.            Pengesanan

Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan dan boleh dilaksanakan secara formal dan tidak formal.

Penyelarasan adalah proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan bagi memastikan skor yang diberikan oleh guru adalah sah dan boleh dipercayai.

Pemantauan pula ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi dan mengelakkan penyelewengan dan ketidakakuran. Pemantau Dalaman yang dilantik di peringkat sekolah dan Pemantau Luaran yang terdiri daripada pegawai PPD, JPN dan KPM terlibat dalam proses ini.

Pengesanan pula adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan bagi meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. Pengesanan turut melibatkan guru dan pegawai KPM.

Penjaminan Kualiti oleh guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan PBS dilaksanakan dengan baik seperti dirancang. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.

  • ADAKAH PBS SATU KONSEP BARU?

PBS bukan konsep baru. Soalan, kuiz, latihan dalam kelas, kerja rumah dan projek adalah kaedah yang sering diguna pakai oleh guru untuk mengukur penguasaan murid dalam setiap kemahiran yang diajar.


  • PENUTUP

Pentaksiran pendidikan di Malaysia bertujuan mendapatkan maklumat  tentang prestasi murid bagi memperkembangkan sepenuhnya potensi setiap individu sebagai modal insan yang harmonis dan seimbang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang jelas, proses penambahbaikan yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran menerusi PBS ini memberi gambaran bahawa sistem peperiksaan berpusat seperti UPSR dan PMR bukan lagi bentuk penilaian tunggal dalam mengukur pencapaian murid menguasai pembelajaran. Lebih dari itu, ia diharap mampu melahirkan murid yang lebih cemerlang dalam semua aspek kerana pentaksirannya dilakukan daripada peringkat awal dan bukan sahaja terhad kepada bidang akademik tetapi juga merangkumi sahsiah, sukan dan kokurikulum.

Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang .


Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
TAJUK 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL

  • Taksonomi Bloom


Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.


  • Domain Krathwohl


Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.


Sunday, 30 June 2013

TAJUK 1 : PENGERTIAN DAN KONSEP



  • Pentaksiran 

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, pentaksiran ialah pendekatan untuk menilai prestasi pelajar berdasarkan pemerhatian secara langsung ke atas prestasi dan hasil kerja pelajar tanpa bergantung kepada ujian bertulis.

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran :
- Instrumen : Bahan atau alat yang digunakan untuk mengumpul data.
- Kumpulan yang ditaksir 
- Respon : Tindakbalas calon terhadap ujian yang dijalankan.
- Kumpulan yang menaksir
- Skor :Set Peraturan Memberi Markah (PMM) 

Tujuan :
- Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
- Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
- Mendpatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

Ciri pentaksiran yang baik : 
- Mempunyai skor yang tinggi darjah kesahan
- Mempunyai skor yang tinggi darjah kebolehpercayaan
-Mempunyai keobjektifan
- Mempunyai kebolehtadbiran yang licin dan baik
- Kemudahtafsiran
- Bersifat menyeluruh


Kaedah :
- Pemerhatian (Sikap, amali, kemahiran bersosial, hasil kerja murid)
- Lisan (Murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan bahan pembelajaran)
- Penulisan (Hasil tugasan, soalan objektif / subjektif)

  • Pengujian 
Kaedah untuk mengenalpasti keberkesanan alat kajian seperti ujian dan soal selidik sebelum digunakan untuk mengumpul data sebenar. Ianya dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa.

Jenis ujian : 
- Ujian Formatif (Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji sesuatu unit -kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar).
- Ujian Sumatif (Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang panjang).

Jenis pengujian : 
- Pengujian Formal (Ditadbir secara rasmi dalam tempoh masa yang khas - UPSR, PMR, SPM).
- Pengujian Tidak Formal (Sering berlaku di dalam bilik darjah dan dilakukan secara lisan atau spontan).

  • Penilaian
Satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu  proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkahlaku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Jenis penilaian :
- Penilaian Rujukan Norma (Penilaian ke atas pencapaian seseorang murid dibuat dengan merujuk kepada markat norma yang diperoleh oleh keseluruhan murid dalam kelas sebagai satu kumpulan).
- Penilaian Rujukan Kriteria (Satu konsep standard pencapaian yang telah ditentukan terlebih dahulu oleh penguji yang teah menyediakan sesuatu ujian).


Prinsip-prinsip asas dalam penilaian :
- Mempunyai sifat kesahan (Kesahan kandungan, gagasan, ramalan, semasa
- Mempunyai sifat kebolehpercayaan

Monday, 17 June 2013

PROFORMA BMM3103

Pro Forma Kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama KursusPentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(Primary School Malay Language Assessment)
Kod KursusBMM3103
Kredit3(2+1)
Jam Interaksi60 jam
Bahasa PengantarBahasa Melayu
PrasyaratTiada
SemesterPertama/Kedua
Hasil Pembelajaran
1.    Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian.
2.    Menjelaskan taksonomi Bloom, dan domain Krathwohl.
3.    Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu;
4.    Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu.
Sinopsis
Kursus ini menjelaskan pengertian dan konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian, taksonomi dan domain, jadual spesifikasi ujian, pembinaan ujian, jenis dan kaedah penilaian bahasa, penilaian kemahiran dan aktiviti bahasa, penilaian pengalaman pembelajaran, penilaian bahasa berasaskan projek, dan penilaian berasaskan sekolah

This course explains the concept and principle of testing, evaluation and measurement, taxonomy and domain, table of test specifications, testing development, types and method of language assessment, language skills assessment and language activities, assessment of learning experience, project based language assessment and school based assessment. 











Tajuk
Kandungan
Jam
1
Pengertian dan Konsep
  • Pentaksiran
  • Pengujian
  • Penilaian
  • Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
2
2
Taksonomi dan Domain
·         Taksonomi Bloom
·         Domain Krathwohl
2
3
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
  • Definisi
  • Kepentingan
  • Langkah Pembinaan

2
4
Pembinaan Ujian
  • Soalan Objektif
  • Soalan Subjektif

2
5
Jenis Penilaian Bahasa
·         Ujian Formatif, Sumatif
·         Ujian  Kefasihan, Kemajuan
·         Ujian Bakat, Pencapaian

2
6
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Penilaian Melalui Portfolio
  • Penilaian Melalui Pemerhatian

2
7
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran
  • Penilaian Melalui Soal Jawab
2
8
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Penilaian Melalui Projek
  • Penilaian Melalui Kertas Kerja
2
9
Penilaian Kemahiran Bahasa
  • Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
  • Penilaian Kemahiran Membaca
  • Penilaian Kemahiran Menulis
2
10
Penilaian Aktiviti Bahasa
  • Forum
  • Debat
  • Pidato
  • Pantun
  • Sajak
  • Ceramah
  • Syarahan

2
11
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
  • Definisi
  • Ciri

2
12
Penilaian Bahasa Berasaskan Projek
  • Brosur
  • Iklan
  • Poster
  • Web
  • PowerPoint
2
13
Penilaian Berasaskan Sekolah
  • Rasional
  • Ciri
  • Prinsip
  • Aspek penilaian
2
14
Penilaian Berasaskan Sekolah
  • Instrumen
  • Penggredan
  • Prosedur pelaksanaan
  • Rumusan
2
15
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
  • Definisi
  • Ciri
  • Pelaksanaan
2

JUMLAH

30






Tajuk
Kandungan
Jam
1
Amali
Pengertian dan Konsep
·         Mengumpul dan membincangkan kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun.
2
2
Taksonomi dan Domain
  • Membina soalan Bahasa Melayu mengikut aras taksonomi dan domain.
2
3
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
  • Bengkel pembinaan JSU berdasarkan contoh soalan ujian Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

2
4
Pembinaan Ujian
  • Membina soalan objektif dan subjektif dengan berdasarkan JSU.

2
5
Jenis Penilaian Bahasa
·         Membina alatan penilaian ujian kefasihan, ujian kemajuan, dan ujian bakat
2
6
Kaedah Penilaian Bahasa: Portfolio dan Pemerhatian
  • Membina instrumen bagi penilaian portfolio dan pemerhatian
2
7
Kaedah Penilaian Bahasa: Portfolio dan Pemerhatian
  • Membina alatan bagi penilaian portfolio dan pemerhatian
2
8
Kaedah Penilaian Bahasa
  • Membina instrumen penilaian melalui projek
  • Membina instrumen penilaian melalui kertas kerja.
2
9
Penilaian Kemahiran Bahasa: Membina Instrumen dan Bahan Bagi:
  • Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur
  • Penilaian Kemahiran Membaca
  • Penilaian Kemahiran Menulis

2
10
Penilaian Aktiviti Bahasa: Menilai Dengan Menggunakan Instrumen:
  • Forum
  • Debat
  • Pidato
  • Pantun
  • Sajak
  • Ceramah
  • Syarahan
2
11
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
·         Membuat penilaian pengalaman pembelajaran di bilik darjah
2
12
Penilaian Bahasa Berasaskan Projek: Menggunakan Instrumen Dalam Penilaian:
  • Brosur
  • Iklan
  • Poster
  • Web
  • PowerPoint
2
13
Penilaian Berasaskan Sekolah
2
14
Penilaian Berasaskan Sekolah
2
15
Penilaian Pengalaman Pembelajaran
2

JUMLAH
30
PenilaianKerja kursus                60%
Peperiksaan Akhir       40%
Rujukan Asas
Kamariah Abu Bakar et. al. (1999). Pengujian dan Penilaian dalam Pengajaran. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Rujukan Tambahan
Bachman Lyle F. (1990).  Fundamental consideration in language testing.  Oxford: Oxford University Press.

Brown James Dean, Hudson Thom.  (2002).  Criterion-reference language testing.  Cambridge: Cambridge University Press




Lynch, Brian K. (2003).  Language assessment and programme evaluation.  Edinburg : Edinburgh University Press.

McGrath, Ian.  (2002).  Materials evaluation and design language teaching.  Edinburg: Edinburgh University Press.